Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Piagam Pelanggan

Guru-guru dan staf sekolah SK Kampong Dew dengan rasa penuh takzim dan keyakinan diri memberi pengakuan:-

1. Bahawa kanak-kanak di sekolah ini akan sentiasa diberi peluang yang sama rata tanpa mengira latar belakang agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang sebaik-baiknya.

2. Cuba mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan pembaharuan yang berterusan.

3. Menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana dengan mengamalkan ciri-ciri kerja yang dedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.

4. Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan pelanggan (murid, masyarakat dan negara) dengan berusaha menetukan agar keluaran sistem pendidikan mempunyai nilai-nilai teras yang ditetapkan dan ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah dan Wawasan Pendidikan Kebangsaan.