Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kelab Bagus

 

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG DEW

PERLEMBAGAAN KELAB BAGUS SKKD

 

1. NAMA KELAB

1.1 KELAB BAGUS

 

2. KEAHLIAN

2.1 Semua guru dan kakitangan kerajaan SKKD (Pekerja swasta dan pengawal keselamatan digalakkan menjadi ahli).

 

3. JAWATANKUASA :

3.1 Jawatankuasa dilantik di dalam mesyuarat atas nasihat dan pandangan Guru Besar.

3.2 Guru Besar adalah sebagai Penasihat Kelab.

3.3 Guru-guru Penolong Kanan sebagai ahli bersekutu.

3.4 Semua guru dan kakitangan kerajaan SKKD wajib menjadi ahli.

3.5 Jawatankuasa terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan ahli jawatankuasa terdiri daripada semua guru dan kakitangan kerajaan SKKD.

 

4. KUASA MEMBUAT KEPUTUSAN

4.1 Semua Keputusan atau tindakan perlu mendapat persetujuan 2/3 ahli (Atas pandangan dan nasihat Guru Besar atau kakitangan yang diberi mandat oleh Guru Besar).

 

5. KEWANGAN

5.1 Yuran ; Ahli perlu menjelaskan yuran bulanan sebanyak RM10 sebulan (RM110 setahun) dan bagi kakitangan swasta dan pengawal keselamatan RM5 sebulan (RM55 setahun)

5.2 Jawatankuasa boleh memutuskan kutipan tambahan bagi menampung program seperti Jamuan Akhir Tahun dan sebagainya.

 

6. MESYUARAT

6.1 Jawatankuasa akan bermesyuarat sekurang-kurangya sekali dalam 2 bulan.

 

7. TABUNG KEBAJIKAN UNTUK AHLI BAGUS

 

BIL

PERKARA/TUNTUTAN

AMAUN

1

Kelahiran Anak Pertama di sekolah ini

RM30

2

Perkahwinan kali pertama di sekolah ini

RM50

3

Ahli meninggal dunia di sekolah ini

RM70

4

Waris terdekat meninggal dunia. (Suami/isteri, anak)

RM50

5

Sakit / kemalangan (3 hari di hospital berturut-turut)

RM30

6

Pertukaran/persaraan sekolah atau jabatan. ( <2 tahun)

RM30

7

Pertukaran/persaraan sekolah atau jabatan ( 2-4 tahun)

RM50

8

Pertukaran/persaraan sekolah/jabatan (5 tahun ke atas)

RM100

9

Menunaikan Haji

RM20